Adanya anda di halaman ini bermakna anda serius untuk membeli hartanah pertama anda. Penting bagi pihak kami untuk merancang dengan sebaiknya bagi melancarkan proses pembelian hartanah anda.
Hartanah adalah terlindung terhadap inflasi kerana kajian telah menunjukkan bahawa harga hartanah semakin naik dari masa ke masa dan waktu terbaik untuk anda mulakan pemilikan hartanah adalah secepat yang mungkin.
Hartanah yang anda beli dengan harga RM200,000 pada tahun 2000 berkemungkinan besar bernilai sekali ganda pada tahun ini. Walaubagaimanapun, penting untuk memastikan yang anda bersedia untuk mengambil komitmen terbaru ini dan kami berharap anda boleh meneliti laman web ini dan memahami lebih lanjut tentang skim kerajaan seperti Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang telah dicipta untuk membantu anda membeli hartanah pertama.
Untuk memahami lebih lanjut dengan kelayakan pembiayaan, sila
klik di sini untuk penggunaan Debt-Service-Ratio (DSR) kalkulator kami.